? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, December 11, 2009

AKTIVITI 13: TUGASAN 4 KT MINI

Tajuk Mini Kajian : Permainan Pop Minda Secara Kolaboratif Melalui Penggunaan Komputer Semasa P&P.

MATLAMAT KAJIAN TINDAKAN

i) Membantu pelajar belajar dengan lebih berkesan menggunakan "peta minda" melalui penggunaan teknologi komputer.

ii) Meningkatkan penguasaan kemahiran pelajar dalam penggunaan komputer.

iii) Menjana daya kognitif pelajar bagi mencerna dan menghasilkan idea secara kreatif dan kritis melalui ilham dan gabungan idea-idea yang ada.

PERSOALAN KAJIAN

i) Adakah penghasilan peta minda melalui penggunaan teknologi komputer mampu membantu pelajar belajar dengan lebih berkesan?

ii) Adakah penggunaan teknologi komputer berjaya menarik minat dan sekaligus menukar tanggapan pelajar terhadap subjek sains dan perdagangan?

Pemilihan penggunaan teknik peta minda dalam P&P adalah berdasarkan justifikasi berikut :

i) Menurut Allan M. Collins (awal 1960an)peta minda boleh digunakan bagi tujuan :
- Menyelesaikan sesuatu masalah
- Merangka bentuk pembelajaran
- Menggambarkan tahap kreativiti seseorang individu
- Menggabungkan isi-isi penting dalam sesuatu topik pengajaran dalam bentuk yang mudah
difahami dan diingati.
- Memupuk semangat kerja berpasukan

Tambahan lagi, Collins turut menyatakan bahawa penggunaan peta minda memberi impak yang besar dalam aspek :

"cognitive psychology"(mengkaji proses daya pemikiran manusia), "artificial intelligence"(komputer) and "education".

Kenyataan berikut diperkukuhkan lagi oleh Buzan (1991) yang menyatakan bahawa penghasilan peta minda melibatkan penggunaan otak kiri dan kanan manusia yang membawa kepada keseimbangan daya pemikiran manusia.

Dalam kajian ini juga kami menggunakan teori Skinner iaitu aplikasi peneguhan positif. Peneguhan positif ialah satu pembentukan tingkahlaku dimana ianya lebih efektif untuk sesuatu perubahan dan pengekalan tingkah laku tersebut. Konsep ini diaplikasikan dalam kajian kami melalui permainan pop minda bagi mengukuhkan tingkah laku positif iaitu para pelajar bersaing untuk memperolehi ganjaran dengan menjawab soalan yang diajukan dengan betul. Selain itu, pelajar juga bersaing secara positif dalam membina peta minda yangkreatif dan mudah difahami. Menurut Skinner terdapat lima (5) prinsip bagi mengatasi halangan dalam pembelajaran :

i) Memberi maklum balas kepada pelajar dengan kadar segera
ii) Memecahkan tugasan kepada langkah-langkah yang lebih kecil
iii) Ulang arahan sebanyak yang mungkin supaya pelajar lebih faham dan jelas
iv) Lakukan tugasan daripada yang mudah kepada yang lebih kompleks
v) Memberikan peneguhan positif

"Guru harus belajar bagaimana hendak mengajar..Mereka perlu diajar dengan cara pengajaran yang lebih berkesan"(Skinner)

Friday, December 4, 2009

AKTIVITI 12: PERMURNIAN

TAJUK : Permainan “Pop Minda” secara kolaboratif berasaskan komputer semasa proses P&P.

MATLAMAT KAJIAN TINDAKAN

i) Membantu pelajar belajar dengan lebih berkesan menggunakan "peta minda" melalui penggunaan teknologi komputer.

ii) Meningkatkan penguasaan kemahiran pelajar dalam penggunaan komputer.

iii) Menjana daya kognitif pelajar bagi mencerna dan menghasilkan idea secara kreatif dan kritis melalui ilham dan gabungan idea-idea yang ada.

PERSOALAN KAJIAN

i) Adakah penghasilan peta minda melalui penggunaan teknologi komputer mampu membantu pelajar belajar dengan lebih berkesan?
ii) Adakah penggunaan teknologi komputer berjaya menarik minat dan sekaligus menukar tanggapan pelajar terhadap subjek sains dan perdagangan?

AKTIVITI 11: TUGASAN 2 - JURNAL

Artikel 1: Action Research: An Approach for the Teachers in Higher Education.
By: Ghazala Yasmeen, 2008. (Dept. of Physiology, University of Karachi).

Pernyataan Masalah
- Kajian tindakan ini dijalankan apabila wujudnya permasalahan dan kesukaran di kalangan pelajar-pelajar aliran sains dalam subjek Biostatistics. Mereka mengalami kesukaran dalam memahami konsep pengajaran sains dan tidak tahu cara mengaplikasikannya dengan betul. Kesilapan yang kerap dilakukan oleh pelajar-pelajar tersebut ialah pelajar menggunakan konsep, rumus dan formula yang salah bagi menyelesaikan sesuatu masalah (tugasan yang diberikan). Mereka hanya menghafal dan mengingat formula/rumus tetapi tidak memahami secara mendalam apa yang dipelajari di dalam kelas. Mereka juga sering tidak memberi tumpuan dan hilang fokus semasa proses P&P. Ini adalah disebabkan kerana mereka menganggap subjek sains yang dipelajari sukar dan membosankan. Terlalu banyak fakta dan teori yang perlu diingat juga merupakan antara faktor yang menjadikan pelajar-pelajar tidak gemar akan subjek berkenaan. Misalnya, mereka mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru.

Artikel 2: Action Research to Improve Student Teachers' Ability to Use Innovative Instruction in a Physics Classroom in Indonesia.
By: Sa’adah Ridwan and Dr. Kardiawarman di Physics Education Department, Indonesian University Of Education (UPI), Indonesia, 2007.

Pernyataan Masalah
- Berdasarkan jurnal tersebut, kajian tindakan ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberi pengetahuan dan pengalaman dalam latihan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah (teaching-learning practices). Kajian ini adalah untuk penambahbaikan gaya dan cara pengajaran bakal-bakal guru dalam subjek sains. Ini adalah kerana didapati bakal-bakal guru adalah lemah dalam menyediakan rancangan pengajaran harian (rph), di mana ianya disebabkan oleh kelemahan dalam menggunakan kemudahan makmal untuk menjalankan aktiviti (eksperimen) dan mengadakan perbincangan selepas aktiviti tersebut. Bakal-bakal guru lebih gemar menyampaikan isi pengajaran secara teori dan bukannya secara practical (eksperimen). Semasa proses P&P, tiada penglibatan aktiviti dijalankan di dalam makmal dan tiada bahan bantu mengajar digunakan. Misalnya, bakal-bakal guru tidak membuat eksperimen yang berkaitan dengan topik pengajaran yang disampaikan. Ini adalah disebabkan kerana mereka menyatakan mereka tidak mempunyai pengalaman, tiada masa yang mencukupi untuk mengendalikan aktiviti dalam makmal dan menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) semasa proses P&P.

Artikel 3: Twelfth Grade Students' Undestanding of Oxidation and Combustion: Using Action Research to Improve Teachers' Practical Knowledge and Teaching Practice.
By: Nicos Valanides, Athanasia Nicolaidou and Ingo Eilks , 2003.

Pernyataan Masalah
- Kajian tindakan yang dibincangkan dalam jurnal ini adalah dijalankan berdasarkan wujudnya permasalahan di kalangan pelajar-pelajar dalam subjek sains (kimia). Kajian menunjukkan bahawa guru-guru tidak mengetahui masalah yang dialami oleh pelajar mereka dalam memahami pengajaran sains (science subject matter). Pelajar-pelajar mempunyai set idea dan pengetahuan tentang pengajaran yang disampaikan tetapi mereka tidak dapat menghubungkaitkan dan menggabungkan idea-idea tersebut dalam pembelajaran mereka secara logik. Contohnya, majoriti pelajar mempunyai pengetahuan tentang konsep pembinaan dan penguraian ikatan molekul (bond making and bond breaking) dalam sistem tenaga, tetapi mereka gagal mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam menyatakan faktor/sebab berlakunya proses perubahan tenaga.

AKTIVITI 10: TUGASAN 1 - BUKU

CURRICULUM AND IMAGINATION - PROCESS THEORY, PEDAGOGY AND ACTION RESEARCH

PENULIS: JAMES MC KERNAN (2007)
Pembangunan dan teori kurikulum sejak dari 50 tahun dahulu lebih menjurus kepada pencapaian objektif. Segala bentuk kurikulum yang dijalankan bertujuan mencapai objektif yang telah ditetapkan tanpe menekankan kepada proses pencapaian objektif tersebut. Keberkesanan sesuatu objektif dikaji dan dilihat keberhasilannya melalui keputusan peperiksaan dan perbandingan secara keseluruhan.

Memandangkan teori kurikulum yang diguna pakai sudah sekian lama, penulis merasakan perlu wujud anjakan paradigma di dalam budaya kurikulum masakini berikutan perubahan dan peredaran zaman. Di dalam pengubahan, pembentukan, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian kurikulum baru, penulis lebih mengfokus kepada pembentukan kurikulum dengan menspesifikasikan proses pendidikan yang mengandungi prinsip-prinsip tertentu.

Proses Kajian Tindakan melibatkan tiga fasa utama iaitu :

i) Lihat : membina gambaran dan mengumpul maklumat. Apabila proses penilaian dibuat, kita mengenalpasti dan menghuraikan masalah untuk dikaji dalam konteks yang telah ditetapkan. Kita juga menerangkan tugas-tugas peserta (pendidik, ahli pengkaji dll).

ii) Fikir: Menterjemah dan menerangkan. Apabila menilai kita menganalisis dan menterjemahkan situasi tersebut. Kita membuat refleksi ke atas apa yang para peserta telah lakukan.Kita juga melihat kepada sebarang kelebihan dan kekurangan, isu atau masalah yang wujud.

iii) Tindakan : Menyelesaikan isu dan masalah. Dalam penilaian kita mengadili nilai, keberkesanan, kesesuaian dan hasil daripada aktiviti tersebut. Kita bertindak untuk merumuskan penyelesaian kepada sebarang masalah.

Prosedur kajian tindakan:

1) Mengenalpasti kesukaran atau masalah.
- Pada peringkat awal, pengkaji akan mengenalpasti wujudnya permasalahan dalam situasi tersebut dan mendapatkan maklumat yang jelas tentang masalah yang wujud.

2) Pengesahan masalah.

- Antara persoalan yang dicadangkan:

(i) Siapa yang menyuara dan tidak menyuarakan pendapat dalam seminar?
(ii) Apakah karakter atau ciri-ciri komen profesor dalam perbincangan seminar tersebut?
(iii) Mengapakah terdapat sesetengah pelajar tidak melibatkan diri dalam seminar?
(iv) Apakah peranan yang perlu saya ambil dalam perbincangan yang diadakan?
(v) Apakah bukti yang telah disediakan kepada para pelajar sebagai persediaan mereka dalam perbincangan?

3) Menjalankan analisis situasi.
- melibatkan proses pengumplan data dalam membantu menjawab persoalan yang timbul.

4) Membina cadangan dan penyelesaian masalah.

5) Membina perancangan kajian tindakan dan tempoh masa.

6) Melaksanakan dan merefleksi mengikut perancangan.

7) Pengumpulan data.

8) Pemerolehan pendapat dan pemahaman: menterjemahkan data.

9) Penghasilan keputusan


Pengumpulan dan penganalisisan data.

1) Melalui pemerhatian oleh pengkaji.
- Pengkaji memainkan peranan yang aktif dalam kelompok atau populasi yang dikaji. Misalnya, profesor kolej berperanan seperti seorang guru sekolah menengah bertujuan untuk memahami tanggungjawab dan tugasan guru.

2) Pemerhatian yang dilakukan tidak melibatkan pengkaji.
- Contohnya, pengkaji hanya duduk di belakang bilik darjah dan tidak terlibat secara langsung dalam kajian tersebut.

3) Penggunaan video.
- Menggunakan video kamera dan teknologi audio untuk merakam situasi sebenar yang berkaitan dengan permasalahan di setting kajian.

4) Analisis dokumen
- Penelitian dan pemeriksaan ke atas rekod-rekod rasmi, kenyataan, surat-surat, rancangan pengajaran, misi, rekod kedatangan dan lain-lain yang berkaitan dengan tajuk kajian.

5) Kajian kes
- Report bertulis, penterjemahan yang mengandungi bukti-bukti yang telah dikumpulkan. Data-data yang dikumpulkan akan digunakan sebagai bahan kajian kes.

6) Diari
- Jurnal yang melaporkan segala tindakan, penterjemahan, persoalan dan penerangan dilakukan dari masa ke semasa sewaktu melakukan kajian. Maklumat dicatatkan mengenai perkembangan dan dan sebarang bentuk kekangan yang wujud.

7) Catatan kajian
- Merekodkan sesuatu kejadian dalam bentuk bertulis berdasarkan pemerhatian sebenar.

8) Questionaire
- instrunmen penilaian kendiri biasanya melalui penggunaan kertas yang terdiri daripada pelbagai siri soalan yang berkaitan dengan kajian dalam bentuk terbuka dan tertutup.

9) Interbiu/temuduga
- Dalam bentuk berstruktur atau tidak berstruktur. Contoh temuduga berstruktur adalah seperti penggunaan questionaire, manakala tidak berstuktur pula ialah responden diberi kebebasan untuk membincangkan idea atau pendapat mereka sendiri dalam masa yang singkat yang dilakukan sama ada secara bersemuka, melalui internet, atau perbualan telefon.

10) Analisis kandungan
- Kaedah untuk menganalisis dan menyusun makna sesuatu mesej atau komunikasi.

11) Quadrangulasi
- Adaptasi daripada kaedah triangulasi. Triangulasi ialah kaedah yang digunakan untuk memplotkan kedudukan berdasarkan beberapa rujukan. Dalam kajian, ianya bermakna mengumpulkan data daripada perspektif atau pandangan yang telah disahkan. Konsep dan kaedah kajian yang digunakan untuk mengesahkan kesimpulan atau rumusan yang telah dibuat.

Dapatan kajian.
- Penulis menyatakan bahawa kajian tindakan yang dilakukan memberi perubahan dalam kurikulum sekolah yang merangkumi aspek aspek seperti berikut:

i) Kebudayaan
ii) Masa, kesinambungan dan perubahan
iii) Penduduk, tempat dan persekitaran
iv) Pembangunan individu dan identiti
v) Individu, kumpulan dan institusi
vi) Kuasa, hak dan pemerintahan
vii) Praktis dan idea sivik

Friday, November 20, 2009

AKTIVITI 9: TUGASAN 4 - KT MINI

MATLAMAT KAJIAN TINDAKAN
i) Membantu pelajar belajar dengan lebih berkesan menggunakan "peta minda" melalui penggunaan teknologi komputer.

ii) Meningkatkan penguasaan kemahiran pelajar dalam penggunaan komputer.

iii) Menjana daya kognitif pelajar bagi mencerna dan menghasilkan idea secara kreatif dan kritis melalui ilham dan gabungan idea-idea yang ada.

PERSOALAN KAJIAN
i) Adakah penghasilan peta minda melalui penggunaan teknologi komputer mampu membantu pelajar belajar dengan lebih berkesan?

ii) Adakah penggunaan teknologi komputer berjaya menarik minat dan sekaligus menukar tanggapan pelajar terhadap subjek sains dan perdagangan?

AKTIVITI 8: TUGASAN 4 - KT MINI

Berdasarkan tajuk kajian, huraikan cadangan untuk mengatasi kelemahan pengajaran.

i) Cadangan (individu & pasukan)
- Menjalankan aktiviti permainan "POP MINDA" melalui penggunaan komputer semasa proses P&P.

- Pelajar perlu mengambil isi-isi penting tentang kandungan pengajaran dan kemudian diolah ke dalam bentuk peta minda melalui pengggunaan komputer berdasarkan kreativiti masing-masing supaya dapat mengukuhkan tahap kefahaman dan ingatan pelajar terhadap isi pengajaran.

ii) Cadangan dari luar pasukan.
- Guru subjek Perdagangan dan Sains perlu lebih kreatif dan bersedia untuk mengadakan pelbagai aktiviti dalam kelas bagi menarik minat pelajar dalam memahami topik yang dipelajari. Selain itu, aktiviti yang dijalankan perlulah melibatkan keseluruhan pelajar dan guru hanya memberi skafolding dalam sesi aktiviti tersebut. Perbincangan pelajar secara berkumpulan dan soal- jawab antara pelajar - guru perlu sentiasa dilaksanakan supaya penguasaan topik lebih efisien.

iii) Berdasarkan literatur review.
- Kajian tindakan yang dilaksanakan banyak memberi manfaat bukan sahaja kepada pelajar dan guru sahaja, malah ia juga memberi kesan yang positif kepada sekolah atau institusi pendidikan itu sendiri. Antaranya ialah i) mereka dapat memperluaskan pengetahuan sedia ada dan kemahiran mereka yang berkaitan dengan gaya dan pendekatan pengajaran yang digunapakai sebelum ini. ii) memperluaskan pengalaman dan juga meningkatkan keyakinan para guru dalam melaksanakan sesuatu pendekatan baru dalam proses P&P. iii) mewujudkan kolaborasi dan kerjasama antara sekolah, guru dan institusi pendidikan (kolej, universiti) yang menjalankan kajian tindakan dalam usaha memperbaiki pendekatan, teknik dan strategi yang digunapakai oleh para pendidik.
Sumber: Sa'adah Ridwan and Dr.Kardiawarman (2007)

AKTIVITI 7: TUGASAN 4 - KT MINI

Berdasarkan tajuk kajian, huraikan kelemahan pengajaran-pengajaran subjek berkenaan.

SUBJEK SAINS
  • Terlalu banyak fakta, teori dan rumus yang perlu difahami, dihafal dan diingat.
  • Bahasa pengantar yang digunakan iaitu Bahasa Inggeris menjadikan pelajar sukar untuk memahami isi pengajaran yang disampaikan oleh guru.
  • Subjek sains padat dengan pelbagai aktiviti dalam makmal (experiment) menjadikan pelajar kurang gemar untuk melakukannya kerana tidak mahir mengendalikan bahan-bahan kimia dan radas-radas di dalam makmal.
  • Pelajar-pelajar tidak memahami dan hanya menghafal konsep/teori dalam subjek sains menjadikan mereka tidak tahu mengaplikasikannya dalam kehidupan harian.

SUBJEK PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN

  • Kelemahan subjek ini ialah memandangkan subjek ini berbentuk fakta, ianya kurang mendapat minat daripada sesetengah pelajar kerana memerlukan pelajar menghafal dan mengingat segala teori-teori yang terdapat di dalam kandungan pelajaran.

ii) Pengalaman dari pasukan lain.
- Antara kelemahan subjek perdagangan dan sains ialah isi pengajaran yang melibatkan banyak fakta yang perlu diingat dan dihafal oleh pelajar. Ini memberi sedikit kebosanan kepada pelajar untuk sentiasa mengingat nota- nota penting dalam menguasai topik-topik yang dipelajari. Selain itu, para pelajar juga perlu sentiasa bersedia dan mahir dengan perkembangan/ isu semasa supaya tidak ketinggalan dan terbelakang dengan topik yang akan/ telah dipelajari.

iii) Berdasarkan literatur review.

- Kajian yang dijalankan mendapati pelajar-pelajar mengalami masalah dan kesukaran dalam mata pelajaran sains (Biostatistics) . Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar sukar untuk mengingati formula dan teori pengajaran, mengingati formula tetapi tidak tahu untuk menggunakannya. Selain itu, pelajar juga menganggap subjek sains sesuatu yang sukar dan membosankan.
Sumber : Action Research: An Approach For The Teachers in Higher Education. By Ghazala Yasmeen (Dept. of Physiology, University Of Karachi).

- Kajian yang dijalankan juga menunjukkan pelajar tidak dapat menghubungkaitkan set idea dengan konsep atau teori pengajaran sains secara logik, misalnya tindakbalas kimia (chemical reaction). Tahap kefahaman mereka dalam sains sentiasa berubah-ubah (inconsistent) dan hanya percaya kepada sesuatu kejadian atau fenomena itu berlaku apabila ianya dapat dilihat. Contohnya, pelajar sukar memahami konsep perubahan tenaga diikuti dengan pertukaran tindak balas kimia yang melibatkan proses pembinaan dan penguraian ikatan molekul (bond breaking and bond making).
Sumber: Twelfth Grade Students' Undestanding Of Oxidation and Combustion: Using Action Research to Improve Teachers' Practical Knowledge and teaching Practice. By Nicos Valanides (University of Cyprus), Athanasia Nicolaidou (Ministry of Education and Culture, Cyprus), Ingo Eilks (University of Dourmand, Germany).

- Bagi matapelajaran berbentuk fakta pelajar kadangkala keliru untuk membezakan antara fakta dan huraian. Tambahan pula dalam buku teks terdapat percampuran antara fakta-fakta dan huraian. Proses mengenal pasti fakta dan isi ini mengambil masa yang lama untuk kumpulan sasaran ini.
(Sumber:Jamaludin Ag. Damit,2008)

AKTIVITI 6: TUGASAN 4 - KT MINI

Berdasarkan tajuk kajian, huraikan - kekuatan pengajaran-pengajaran subjek berkenaan.

SUBJEK SAINS

  • Sains adalah suatu mata pelajaran yang berkisarkan tentang ilmu yang berurusan dengan dunia fizikal dan pelbagai kebendaan yang wujud di sekeliling manusia. Melalui pengajaran sains, pelajar-pelajar dapat mengenalpasti fenomena, kejadian dan pembentukan yang berkaitan dengan dunia fizikal seperti gerhana matahari dengan lebih mendalam apabila memahami konsep sebenar pengajaran sains.
  • Subjek sains dapat memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar seperti menghargai, mensyukuri dan melahirkan rasa kasih sayang terhadap benda-benda yang wujud di sekeliling mereka seperti flora dan fauna, matahari, hujan dan angin.
  • Pelajar-pelajar boleh mengaplikasikan pengetahuan dan informasi yang berkaitan dengan pengajaran sains dalam kehidupan harian mereka seperti pengamalan diet yang seimbang.

SUBJEK PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN

  • Ilmu bagi matapelajaran boleh diaplikasikan di dalam kehidupan seharian pelajar. Pelajar boleh mengaplikasikan segala ilmu yang dipelajari contohnya di dalam mengendalikan perniagaan seperti perniagaan keluarga atau sebagainya. Selain itu matapelajaran ini juga dapat menerapkan sifat-sifat keusahawanan dalam diri seseorang pelajar selaras dengan kehendak kerajaan yang menggalakkan aktiviti keusahawanan.
  • Bagi pihak guru, kekuatan matapelajaran perdagangan ini ialah ianya boleh di ajar dengan pelbagai kaedah seperti kaedah, kuliah atau mengadakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan. Guru juga boleh mengaitkan isu-isu semasa dengan subjek ini memandangkan teori-teori perdagangan yang ada didalam kandungan pelajaran ada yang diadaptasi oleh syarikat-syarikat perniagaan masakini.

ii) Pengalaman dari luar pasukan
- Mata pelajaran perdagangan dan sains diajar mengikut perkembangan semasa dan mempunyai hubung kait dengan aktiviti harian. Selain itu, subjek ini juga membantu dan membimbing pelajar dalam bidang keusahawanan dan perniagaan. Para pelajar berpeluang menjana idea mereka dalam menghasilkan pandangan yang kreatif dan rasional tentang aktiviti pengajaran. Subjek perdagangan ini juga merupakan sesuatu yang menarik kerana pelbagai aktiviti yang boleh dirancang dan dilaksanakan sesuai dengan topik yang diajar.

Friday, November 13, 2009

AKTIVITI 5: Tugasan 5 - Tugasan 1 Buku & Tugasan 4 KT Mini.

1) Baca secara individu: MENGAPA guru (pelatih/novis/ berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan ?

- Guru perlu melakukan kajian tindakan kerana boleh melihat kelemahan diri sendiri dan mengubah kelemahan tersebut. Terutama sekali jika kelemahan guru itu mempengaruhi pelajar. Contohnya, dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru sentiasa menggunakan teknik pengajaran yang sama menyebabkan pelajar bosan dan tidak memberi perhatian. Tindakan yang perlu diambil oleh guru tersebut ialah mempelbagaikan teknik mengajar ketika berada di dalam kelas.Secara tidak langsung kajian tindakan ini meningkatkan daya kerja seseorang guru dan meningkatkan pencapaian pelajar.

2) Bincang dengan pasangan anda MENGAPA guru (pelatih/novis/ berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan ?

Kajian tindakan adalah penting kerana ianya merupakan salah satu teknik pengajaran yang boleh digunakan oleh guru untuk mempertingkatkan lagi kualiti pengajaran. Selain daripada dapat menyelesaikan permasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran seharian, penggunaan pendekatan kajian tindakan ini juga dapat membantu guru untuk mengubah amalan pengajaran kepada satu corak baru yang lebih berkesan. Kajian tindakan sebagai salah satu pendekatan P&P dalam bilik darjah dapat membantu guru berhubung dengan penambahbaikan kebiasaan atau budaya pengajaran dalam bilik darjah dan menyediakan ruang kepada guru untuk menggilap kreativiti dan inovasi terutama dalam menyelesaikan permasalahan dalam pengajaran guru dan pembelajaran murid. Ia juga mampu membantu guru untuk memperkembangkan profesionalisme melalui proses penemuan kendiri. Oleh kerana guru mempunyai autoriti dalam bilik darjah masing-masing maka kajian tindakan akan membantu mereka untuk mencuba pendekatan-pendekatan pengajaran yang difikirkan mampu memberi peningkatan yang positif bukan sahaja dari aspek akademik tetapi sahsiah dan akhlak dalam diri pelajar-pelajar mereka.

3) Bincangkan dengan pasangan anda mengapa anda ingin melakukan tajuk yang dipilih untuk mini kajian anda?

Tajuk kajian tindakan ini adalah bersesuaian dengan masa dan keadaan pelajar pada masa sekarang yang selalu inginkan pembaharuan dan sesuatu yang dapat menarik perhatian dan minat mereka semasa proses P&P berlangsung. Berdasarkan persekitaran pembelajaran dan juga aktiviti pembelajaran yang disediakan, satu proses pembelajaran yang lebih konstruktif dan aktif dapat disediakan untuk kegunaan pelajar. Ini seterusnya diharapkan dapat menghasilkan pelajar yang bukan sahaja mampu membina kefahaman sendiri serta mencipta dan menjana idea-idea baru tetapi juga tidak menghadapi masalah untuk berkongsi idea dan bekerja dalam kumpulan.
Selain itu, pendekatan digunakan ini dapat mengukuhkan ingatan pelajar mengenai tajuk dan langkah-langkah untuk melaksanakannya. Pelajar lebih mudah memahami isi pelajaran dan menimbulkan minat untuk belajar. Kesilapan pelajar dapat dibetulkan oleh guru, ini secara tidak langsung membaiki kualiti pengetahuan pelajar.Dalam strategi pembelajaran aktif, pelajar bukan sahaja belajar dari dari guru malah pelajar boleh mendapatkan maklumat menggunakan kemudahan teknologi maklumat. Pelajar akan mendapatkan maklumat yang diperlukan secara sendiri yang dikatakan akses kendiri. Pelajar digalak untuk meneroka dan mendalami bidang ilmu tertentu supaya mendapat tahap pencapaian yang cemerlang.Tambahan lagi, pendekatan yang digunakan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang pembelajaran berasaskan komputer (computer-based learning) sebagai persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Di samping itu, pelajar-pelajar juga dapat mempelajari kemahiran bagaimana menggunakan computer dengan betul dan juga dapat meningkat daya kreativiti mereka.

AKTIVITI 4: Tugasan Mini Kajian Tindakan

- Kemukakan apakah cadangan mini kajian tindakan yang anda ingin lakukan dalam pengajaran mikro yang mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran?
Permainan “Pop Minda” secara kolaboratif berasaskan komputer semasa proses P&P.

- Siapakah peserta kajian?
Peserta kajian terdiri daripada 40 oarang pelajar iaitu 18 orang pelajar aliran sains dan 22 orang pelajar dalam aliran perdagangan.

- Di mana setting kajian?
Kajian ini diadakan di dalam bilik darjah semasa proses P&P.

Monday, November 9, 2009

AKTIVITI 3 : TUGASAN 3 - KOLOKIUM LAPORAN PEMBENTANGAN KAJIAN TINDAKAN PELAJAR DPLI JANUARI 2009 (26 - 27 OKT. 2009) DI PALM GARDEN HOTEL


PEMBENTANGAN PERTAMA

Tajuk: Meningkatkan Kefahaman Pelajar Dalam Subjek Biologi (Nutrisi) Melalui Kaedah Kooperatif Dan Animasi Video.

Penyelia : Puan Nor Sakinah Mohamad

Oleh: i) Hamizah Lliyana Binti Anwar (P48579)
ii) Siti Noor Aini Binti Alias (P48618)


i) Pernyataan masalah

a. Adakah kaedah pembelajaran kooperatif dapat menarik minat pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti P&P?

b. Adakah penggunaan animasi video dapat menarik minat pelajar terhadap topik Nutrisi?

c. Adakah kaedah pembelajaran kooperatif dan penggunaan animasi video dapat meningkatkan kefahaman pelajar terhadap topik Nutrisi?

ii) Setting kajian: Kajian tindakan ini telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai Sepang Putra, 43950 Sg. Pelek, Sepang, Selangor.

iii) Sampel kajian

Kumpulan sasaran : 11 orang pelajar
Kelas : 4A (Al-Kharwarizmi) – Biologi

iv) Metodologi:

- Guru mengajar secara kuliah berbantukan penggunaan animasi video untuk menarik minat dan menerangkan proses.

- Para pelajar seramai 11 orang dibahagikan kepada 3 kumpulan dengan setiap kumpulan mempunyai 3 atau 4 orang ahli.

- Instrumen kajian: Pengumpulan data secara kualitatif dan kuantitatif.

Model yang digunakan ialah Model Kemmis and McTaggart (1983).



v) Pengumpulan dan penganalisisan data

Pengumpulan Data


Data kualitatif :
a. Borang pemerhatian guru
b. Hasil lembaran kerja pelajar
c. Temubual pelajar
d. Soal selidik (questionaire)

Data kuantitatif
a. Kuiz bertulis

Penganalisisan Data

(Borang Pemerhatian Guru):
- Pelajar lebih semangat, berminat dan memberi respon yang memberangsangkan kerana mereka secara sukarela dan bersedia menyertai aktiviti tersebut.

Temubual pelajar:
- Pelajar lebih seronok belajar dalam kumpulan dan mereka lebih berusaha meningkatkan pencapaian.

Borang soal selidik:
- Pelajar memberi respon yang baik terhadap penggunaan animasi video kerana dapat melihat dengan lebih jelas gambaran sebenar.
- Manakala tugasan berkumpulan dapat membantu pelajar lebih faham mengenai topik berkenaan.

Kuiz Bertulis:
- Purata markah bagi setiap kitaran adalah menunjukkan peningkatan dan secara keseluruhannya adalah sangat baik dan memuaskan.

vi) Implikasi kajian
- Kaedah pembelajaran kooperatif dapat meningkatkan kefahaman pelajar melalui penglibatan diri secara aktif semasa aktiviti P&P.

- Penggunaan animasi video pula berupaya menarik minat pelajar terhadap topik berkenaan terutamanya proses tindakbalas di dalam organisma dan makanan.

vii) Apa yang anda dapat pelajari dari kajian tersebut.

ULASAN

Melalui pembentangan ini, saya dapat gambaran bagaimana kajian tindakan dalam pendidikan dihasilkan. Kajian tindakan adalah penting kerana ia menggalakkan guru menyelesaikan masalah yang wujud dalam proses P&P dengan membuat refleksi bagi mendapatkan idea dan strategi baru dalam usaha membawa pembaharuan dan kemajuan dalam sistem pendidikan. Selain itu, kajian juga mengalakkan guru mengkaji strategi atau pendekatan yang ingin diperbaiki dalam kerja mereka di bilik darjah untuk membaiki tindakan dan menilai hasil usaha itu. Dengan penggunaan video animasi dalam proses P&P dalam kajian ini, guru boleh menyampaikan ilmu dengan menggunakan kaedah baru yang lebih interaktif di mana pendekatan traditional iaitu ‘chalk and talk’ kurang relevan kerana pelajar pada masa kini mahukan pendekatan dalam proses P&P yang lebih menarik dan tidak membosankan.

Pembelajaran berasaskan komputer mampu menarik minat para pelajar dan meningkatkan tahap kefahaman mereka terhadap sesuatu topik dalam pembelajaran. Ini adalah kerana penggunaan video boleh menggalakkan perkembangan kognitif pelajar menjadi lebih kreatif dan kritikal. Ia juga dapat memupuk perkembangan koordinasi mata, otak dan kemahiran motor melalui tayangan animasi yang berwarna-warni, pergerakan animasi yang pelbagai dan kesan bunyi. Metodologi yang digunapakai dalam kajian ini iaitu Model Kemmis dan Mc Taggart juga boleh menjadi rujukan dan panduan untuk menghasilkan kajian tindakan seterusnya. Kajian juga menunjukkan cara-cara bagaimana pengumpulan dan penganalisisan data dilakukan iaitu secara kualitatif dan kuantitatif. Kaedah pembelajaran secara kooperatif yang diperkenalkan dalam kajian ini juga memberi kesan yang positif di mana kaedah ini mampu memberi pemahaman yang lebih mendalam dan meningkatkan tahap pencapaian akademik pelajar. Kaedah dan pendekatan yang digunapakai dalam kajian ini bukan sahaja boleh digunakan dalam matapelajaran biologi tetapi ia boleh diaplikasi dan perluaskan lagi dalam semua matapelajaran mengikut kesesuaian objektif P&P, pelajar, masa dan situasi.

Sementara itu, tajuk bagi kajian tindakan ini adalah tidak sesuai digunapakai. Ini adalah kerana tajuk yang digunakan mencakupi objektif kajian tindakan yang diimplementasikan. Cadangan bagi penambahbaikan tajuk yang digunakan iaitu " Meningkatkan Kefahaman Pelajar Dalam Subjek Biologi (Nutrisi) Melalui Kaedah Kooperatif Dan Animasi Video" hendaklah ditukar kepada "Penggunaaan Kaedah Koperatif dan Animasi Video dalam Pengajaran Subjek Biology (Nutrisi)". Tajuk yang dipilih untuk kajian tindakan haruslah menunjukkan kaedah atau pendekatan yang digunakan bukanlah untuk menyatakan objektif kajian tindakan tersebut.


PEMBENTANGAN KEDUA

Tajuk: Meningkatkan Keberkesanan Pengajaran Pendidikan Islam Dengan Menggunakan Kaedah Perbincangan Dan Aktiviti Kerja Kumpulan Dalam Pembelajaran Sirah Nabawiyyah Dan Tamadun Islam.

Penyelia: Prof Madya Dr Norani Mohd Salleh

Oleh: i) Masitah Abdullah (P43695)
ii) Siti Halimah Hasim (P43635)


i) Pernyataan masalah

a) Adakah perlaksanaan teknik perbincangan dan aktiviti kerja kumpulan dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari tajuk Sirah Nabawiyyah dan Tamadun Islam?

b) Adakah pelaksanaan teknik perbincangan dan aktiviti kerja kumpulan dapat membantu murid memahami dan mengingati fakta-fakta yang terdapat dalam tajuk Sirah Nabawiyyah dan Tamadun Islam?

ii) Setting kajian: Kajian tindakan ini telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sentul, Selangor.

iii) Sampel kajian

Kumpulan sasaran: 45 orang pelajar.
Kelas : Tingkatan 4 Maju dan 4 Harapan.

iv)Metodologi.

Tempoh kajian - 2 minggu

Instrumen kajian:
a.Teknik perbincangan dan Aktiviti kerja berkumpulan
b.Pemerhatian - dilakukan di dalam kelas ketika proses pengajaran sedang dijalankan
c.Temu bual - menemubual pelajar secara rawak

v)Pengumpulan dan penganalisisan data

Pengumpulan Data

Pemerhatian:
i) Guru mendapati pelajar kurang faham untuk mengasingkan dan membezakan antara riwayat hidup, sifat peribadi, pendidikan dan sumbangan tokoh Imam Malik Rahimahullah.

ii)Pada gelungan pertama, didapati aktiviti berjalan secara sederhana.

iii) Hasil pemerhatian semasa gelungan kedua, didapati penglibatan pelajar sangat aktif dan telah menunjukkan minat. Ini mungkin disebabkan peneguhan yang telah diberitahu oleh pengkaji pada peringkat awal P & P.

Temu bual:
i) Hasil temubual menunjukkan aktiviti perbincangan dan kerja kumpulan mampu membantu pelajar memahami isi-isi penting. Seramai 13 orang daripada 16 orang pelajar memberi jawapan yang sama.

ii) Aktiviti yang dijalankan tidak membosankan dan dapat menarik minat pelajar untuk berada dalam kelas.

vi) Implikasi kajian.

-Berdasarkan analisis yang dilakukan, pengkaji mendapati bahawa teknik pengajaran yang dilakukan adalah berkesan sama ada melalui respon-respon atau jawapan-jawapan terhadap persoalan yang diutarakan oleh guru semasa pengajaran, pemerhatian dan refleksi kendiri pengkaji. Terdapat peningkatan dalam kuantiti dan kualiti jawapan yang pelajar berikan.

vii) Apa yang anda dapat pelajari daripada kajian tersebut.

ULASAN

Dapatan kajian dalam pembentangan ini penting sebagai satu batu loncatan untuk meneruskan kajian-kajian akan datang khususnya dalam bidang pendidikan supaya dapat memberi kesan positif terhadap pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini adalah usaha guru untuk meningkatkan kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik pengajaran di samping membantu para pelajar mengingat fakta-fakta penting. Pendekatan ini mampu menarik minat pelajar dan wujud kerjasama di kalangan pelajar dalam kumpulan. Untuk penambahbaikan kajian ini, guru perlu berperanan sebagai fasilitator sepenuhnya bagi membantu mereka dalam aktiviti perbincangan yang diadakan. Guru hendaklah menyusun aktiviti sebaik mungkin supaya masa yang diperuntukkan mencukupi untuk melaksanakan aktiviti. Tambahan lagi, guru perlu mengambil kira tentang kebolehan dan kemahiran intelektual dan kemampuan diri pelajar kerana perkembangan, kebolehan dan kemahiran pelajar adalah berbeza.

Seperti pembentangan kajian tindakan yang pertama, tajuk kajian tersebut tidak sesuai digunapakai. Kesilapan yang sama berlaku di mana pengkaji menyatakan objektif dalam tajuk kajian tindakan. Cadangan untuk penambahbaikan, tajuk tersebut hendaklah ditukar kepada "Penggunaan Kaedah Perbincangan dan Aktiviti Kerja Kumpulan dalam Pembelajaran Sirah Nabawiyyah dan Tamadun Islam". Tajuk kajian tindakan hanya menyatakan kaedah, teknik atau pendekatan yang digunakan terhadap sesuatu matapelajaran, bukan merangkumi objektif sebenar kajian tindakan itu.

AKTIVITI 2 : TUGASAN 2 - JURNAL

ARTIKEL 1Action Research: An Approach For The Teachers In Higher Education

Oleh: Ghazala Yasmeen. Department of Physiology, University of Karachi.

1. Kajian tindakan yang telah dilakukan oleh penyelidik ialah melalui kaedah pembelajaran kolaboratif yang melibatkan guru dan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Guru berperanan sebagai fasilitator atau pemangkin (catalyst), manakala pelajar bekerja dalam kumpulan dengan lebih autonomi dan penglibatan guru adalah kurang.

2. Persoalan kajian.
- Adakah pendekatan pembelajaran secara kolaboratif dapat menangani masalah pelajar-pelajar yang menghadapi kesukaran dalam memahami matapelajaran Biostatistics?

- Adakah pendekatan pembelajaran secara kolaboratif dapat menarik minat pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti P&P?

3. Sampel kajian - Kajian yang dijalankan melibatkan 45 orang pelajar.

Setting kajian – Kajian ini dijalankan di dalam bilik darjah.

4. Kajian tindakan (prosedur)

Prosedur kajian
– kajian ini dijalankan secara kolaboratif yang melibatkan guru sebagai fasilitator dan pelajar bergiat aktif dalam aktiviti di dalam bilik darjah semasa proses P&P dilaksanakan. Peningkatan dalam pencapaian pelajar di dalam bilik darjah adalah criteria yang digunakan untuk menilai tahap perkembangan pelajar secara berperingkat.
Dalam perlaksanaan kajian ini, penyelidik menggunakan model Kemmis dan Mc Taggart yang memfokuskan terhadap pemerhatian (observe), perancangan (plan), tindakan (action), penilaian (evaluation) dan refleksi pelajar-pelajar. Kesemua kitaran ini akan berulang dengan melakukan penambahbaikan terhadap perancangan awal.

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan dan faedah-faedah yang diperolehi dalam perlaksanaan kajian tindakan di peringkat pendidikan tinggi (Higher Education) yang merupakan sebahagian daripada perancangan untuk memperbaiki mutu dan kualiti sistem pembelajaran terhadap pelajar di dalam bilik darjah.

Metodologi

Kajian ini berasaskan dasar kajian tindakan mengikut susunan soalan kajian yang telah ditetapkan oleh pengkaji. Di mana ia timbul daripada kajian guru, pelaksanaan yang focus kepada perancangan, kelakuan, pemerhatian dan refleksi dari susunan keputusan yang diperolehi daripada kajian yang dijalankan terhadap 45 pelajar. Pendapat pelajar-pelajar tentang matapelajaran Biostatistic yang dianggap sukar dikumpulkan. Seterusnya, penyelidik menangani masalah ini dengan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang peluang pekerjaan yang berkaitan dengan bidang pembelajaran mereka. Kemudian, penyelidik menggunakan pembelajaran textual secara formal iaitu memahami konsep asas, terminology dan definisi yang digunapakai dalam mata pelajaran Biostatistic.

5. Pengumpulan data

Data kualitatif

• Hasil lembaran kerja
• Soal jawab di dalam bilik darjah
• Latihan penyelesaian masalah
• Temubual pelajar berkisarkan tentang pendapat mereka tentang matapelajaran Biostatistic

Penganalisisan data.
(i) Pemerhatian

- Para pelajar hilang daya tumpuan di dalam bilik darjah. Apabila mereka diberi latihan yang memerlukan mereka mencari jalan penyelesaiannya, mereka mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan tugasan tersebut.

(ii) Diagnosis
- Pelajar-pelajar menyatakan masalah mereka dalam matapelajaran tersebut. Antaranya ialah (a) lupa formula, (b) ingat formula tetapi tidak tahu untuk menggunakannya dengan betul

(iii) Perancangan
- Pelajar diminta mengemukakan seberapa banyak cara penyelesaian (formula) dalam tugasan yang diberikan. Pendekatan yang berbeza digunakan misalnya, menulis formula, menulis formula setiap hari, menyusun ujian-ujian yang berasingan, menulis formula pada papan kenyataan.

(iv) Tindakan
- Setiap pelajar hendaklah menulis formula pada tepi nota dengan menggunakan dua kata kunci iaitu “di mana dan bagaimana hendak menggunakannya”. Mereka hendaklah mengingat kembali formula-formula tersebut setiap masa sebelum membuka buka nota supaya sebarang kesilapan boleh diperbaiki. Pelajar juga boleh menggunakan formula tersebut dengan contoh-contoh soalan yang sesuai dan berkongsi antara satu sama lain. Perbincangan dalam kumpulan atau bertanya secara langsung dengan guru sekiranya ada persoalan atau kekeliruan dalam pembelajaran mereka.

(v) Penilaian
- Tugasan diberikan kepada pelajar-pelajar dan daripada kajian yang dijalankan kesilapan pelajar yang sering dilakukan dalam matapelajaran Biostatistics adalah berkurangan. Ini menunjukkan semangat kerjasama wujud di kalangan mereka. Mereka juga memahami konsep pembelajaran dengan lebih baik.

(vi) Pembelajaran – Refleksi
- Minat pelajar terhadap matapelajaran tersebut meningkat dan ini menunjukkan bahawa penggunaan strategi pembelajaran yang betul akan membantu meningkatkan tahap pembelajaran pelajar berbanding dengan apa yang dijangkakan.



ARTIKEL 2 - The Role of Reflecton in Facilitators' Professional Development within a PBL environment

Oleh: Tan Hui Leng.


1) Kajian Tindakan yang dijalankan penulis ialah peranan refleksi dalam kemajuan dan praktis pendidik di Politeknik Republik, dimana guru menggunakan metodologi Problem Based Learning (PBL) Satu Hari- Satu Masalah. Guru-guru ditanya kekerapan mereka merefleksi diri dan jika mereka mampu menghubungkaitkan perubahan yang mereka lakukan dalam strategi pengajaran kepada refleksi tersebut.Peranan refleksi merupakan suatu latihan pendokumenan di kalangan guru- guru. Kebanyakannya dapat melihat kepentingan praktis ini dalam kemajuan perlaksanaan pendidik di bilik darjah. Melalui pemerhatian bilik darjah dan praktis komuniti dapat dilihat contoh amalan baik refleksi dimana aembolehkan pendidik menjadi lebih bersedia dalam strategi pengajaran mereka seterusnya memperbaiki praktis di dalam bilik darjah. Walaubagaimanpun, selain daripada mengetahui manfaat dan keberkesanan refleksi, kajian ini juga menunjukkan bahawa tidak banyak guru-guru membuat refleksi secara berterusan terhadap pengajaran mereka.

2) Persoalan Kajian:
-Adakah guru-guru di Politeknik Republik merefleksi diri pada praktis/ pengajaran bilik darjah?

-Apakah strategi yang digunakan untuk merefleksi diri?

3)Sampel kajian: Guru- guru di Politeknik Republik seramai 141 orang.

4)Setting kajian: di Sekolah Politeknik Republik

5)Metodologi:

Metodologi Satu Hari-Satu Masalah.
- Dasar pedagogi ini adalah kepercayaan bahawa pembelajaran merupakan suatu aktiviti individu yang boleh dipengaruhi oleh "kebijaksanaan merancang dan perlaksanaannya". Satu Hari-Satu Masalah distrukturkan pada dua tahap-1. Rancang kurikulum dan skafolding dimana masalah adalah kraf berikutan satu set objektif pembelajaran pada tahap makro (modul), dan diskafold oleh fasilitator pada tahap mikro (bilik darjah)2.Para pelajar memilih cara pembelajaran yang disukai dalam kurikulum yang dirancang dan setting pasukan. Tetapi melalui struktur ini, para pelajar bebas untuk mengurus, berbincang, menilai, memilih penemuah yang diperoleh berdasarkan kepada kecenderungan mereka.

Metodologi II - Menggunakan borang soal selidik (diberikan sebaik sahaja guru- guru menjalani bengkel 3-jam berkaitan peranan refleksi dalam kemajuan profesional.

7) Hasil dapatan kajian melalui soal selidik di terjemahkan dalam bentuk carta pai (peratusan) berdasarkan beberapa kriteria iaitu:
Keputusan 1- Refleksi sebagai suatu praktis
Keputusan 2- Lokasi refleksi
Keputusan 3- Hubungan antara refleksi dan praktis di bilik darjah.


ARTIKEL 3 - Helping Students to Add Detail and Flair to the Stories

Oleh : Pooja Patel and Leslie Laud


1) Contoh Kajian Tindakan Penulis- Pengkaji ingin memastikan keberkesanan kaedah yang digunakan dalam meningkatkan prestasi pelajar masalah pembelajaran dalam subjek penulisan.

2) Persoalan Kajian : Adakah kombinasi kaedah "Self-Regulated Strategy Development" dan " Visualising & Verbalizing" dapat membantu pelajar bermasalah pembelajaran dalam penulisan karangan.

3) Sampel Kajian : 3 orang pelajar yang mempunyai masalah dalam pembelajaran (language based learning disabilities)

4) Setting Kajian : School inNortheaster US, 55 minutes of classroom support, three times per week, this resource class was taken during the foreign language timeslot.

5) Prosedur Kajian :

a) Guru memberikan buku cerita kepada pelajar dan meminta mereka membincangkan isi kandungan cerita tersebut dengan rakan-rakan tanpa pengawasan guru untuk melihat latarbelakang pencapaian pelajar.

b) Apabila selesai, pelajar diminta mengulas dan guru memberikan komen.

c) Guru membimbing pelajar mengembangkan idea melalui gambar dan Wh question.Pelajar diminta membuat satu karangan berdasarkan gambar dan soalan yang diberikan oleh guru (berdasarkan WH question)

d) Pelajar diminta mengulangi langkah-langkah menulis berdasarkan gambar dan WH question secara berulang-ulang dengan bantuan gambar dan soalan.

e) Pelajar diminta menulis karangan tanpa bimbingan gambar/soalan.

6) Data diperolehi daripada ujian sebelum dan selepas. Pemarkahan berdasarkan jumlah perkataan, tatabahasa, penilaian keseluruhan.

AKTIVITI 1 : TUGASAN 1 - ULASAN BUKU

Apa itu Kajian Tindakan?

SUMBER :
1) Curriculum and Imagination: Process Theory, Pedagogy and Action Research.
By: James McKernan

2) Developing Innovation in Online Learning: An Action Research Framework.
By: Maggie McPherson & Mignel Baptists Nunes.

Menurut James Mc Kernan, kajian tindakan merupakan satu bentuk inkuiri sosial yang berbentuk kolaboratif atau bercorak inkuiri refleksi kendiri. Dalam konteks ini, kajian tindakan dikendalikan oleh para peserta (pengkaji, guru dan pelajar) yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah praktikal dalam usaha penambahbaikan kualiti dan mutu hidup di dalam penetapan sosial. Kajian tindakan mampu memberi penghakiman dan juga membuktikan kebenaran berdasarkan alasan-alasan yang praktikal. Selain itu juga, kajian tindakan merupakan satu bentuk kajian yang diambil alih oleh pengkaji dalam situasi sosial untuk memperbaiki kerasionalan dan keadilan sosial mereka mahupun praktis pembelajaran, sebagaimana mereka faham tentang praktis dan situasi ini diimplementasikan. Kajian tindakan yang dilakukan boleh digunakan bagi menggantikan perkhidmatan yang tradisional kepada meningkatkan pembangunan dan pertumbuhan profesional guru.

Buku yang kedua, Developing Innovation in Online Learning: An Action Research Framework oleh Maggie McPherson & Miguel Baptista Nunes meneroka Kajian Tindakan sebagai satu pendekatan untuk menyokong pemikiran inovatif dan pengkajian dalam pembelajaran "online" dan mencadangkan suatu rangka kerja maklumat pendidikan yang spesifik bagi inkuiri jenis ini. Rangka kerja yang dicadangkan berteraskan pada para guru pelatih berdasarkan pada empat blok bangunan asas: konteks organisasi, model pedagogi, setting pendidikan dan proses penilaian.

Pandangan Pengulas Tentang Kajian Tindakan.

Kajian tindakan merupakan satu kajian yang berbentuk ilmiah yang berdasarkan kewujudan permasalahan dalam situasi sebenar. Kajian dibuat bertujuan mencari penyelesaian terhadap masalah yang timbul dan membuat perubahan ke arah peningkatan pencapaian kendiri.Kajian Tindakan melibatkan penyertaan secara individu, kajian oleh orang luar berbantukan pihak dalaman serta kajian secara berkumpulan.

Kesimpulan yang dapat dibuat ialah kajian tindakan merupakan satu pendekatan untuk menyokong pemikiran inovatif serta mengkaji pembelajaran yang pelbagai yang boleh digunapakai dari masa ke semasa. Di samping itu, kajian tindakan memberi banyak manfaat terutamanya kepada golongan guru dalam memperbaiki kemahiran dalam mempertingkatkan tahap profesionalisme dan keaktifan bagi perubahan pendidikan yang lebih positif.


Pengumpulan dan penganalisisan data.

1) Melalui pemerhatian oleh pengkaji.
- Pengkaji memainkan peranan yang aktif dalam kelompok atau populasi yang dikaji. Misalnya, profesor kolej berperanan seperti seorang guru sekolah menengah bertujuan untuk memahami tanggungjawab dan tugasan guru.

2) Pemerhatian yang dilakukan tidak melibatkan pengkaji.
- Contohnya, pengkaji hanya duduk di belakang bilik darjah dan tidak terlibat secara langsung dalam kajian tersebut.

3) Penggunaan video.
- Menggunakan video kamera dan teknologi audio untuk merakam situasi sebenar yang berkaitan dengan permasalahan di setting kajian.

4) Analisis dokumen
- Penelitian dan pemeriksaan ke atas rekod-rekod rasmi, kenyataan, surat-surat, rancangan pengajaran, misi, rekod kedatangan dan lain-lain yang berkaitan dengan tajuk kajian.

5) Kajian kes
- Report bertulis, penterjemahan yang mengandungi bukti-bukti yang telah dikumpulkan. Data-data yang dikumpulkan akan digunakan sebagai bahan kajian kes.

6) Diari
- Jurnal yang melaporkan segala tindakan, penterjemahan, persoalan dan penerangan dilakukan dari masa ke semasa sewaktu melakukan kajian. Maklumat dicatatkan mengenai perkembangan dan dan sebarang bentuk kekangan yang wujud.

7) Catatan kajian
- Merekodkan sesuatu kejadian dalam bentuk bertulis berdasarkan pemerhatian sebenar.

8) Questionaire
- instrunmen penilaian kendiri biasanya melalui penggunaan kertas yang terdiri daripada pelbagai siri soalan yang berkaitan dengan kajian dalam bentuk terbuka dan tertutup.

9) Interbiu/temuduga
- Dalam bentuk berstruktur atau tidak berstruktur. Contoh temuduga berstruktur adalah seperti penggunaan questionaire, manakala tidak berstuktur pula ialah responden diberi kebebasan untuk membincangkan idea atau pendapat mereka sendiri dalam masa yang singkat yang dilakukan sama ada secara bersemuka, melalui internet, atau perbualan telefon.

10) Analisis kandungan
- Kaedah untuk menganalisis dan menyusun makna sesuatu mesej atau komunikasi.

11) Quadrangulasi
- Adaptasi daripada kaedah triangulasi. Triangulasi ialah kaedah yang digunakan untuk memplotkan kedudukan berdasarkan beberapa rujukan. Dalam kajian, ianya bermakna mengumpulkan data daripada perspektif atau pandangan yang telah disahkan. Konsep dan kaedah kajian yang digunakan untuk mengesahkan kesimpulan atau rumusan yang telah dibuat.

Dapatan kajian.
- Penulis menyatakan bahawa kajian tindakan yang dilakukan memberi perubahan dalam kurikulum sekolah yang merangkumi aspek aspek seperti berikut:

i) Kebudayaan
ii) Masa, kesinambungan dan perubahan
iii) Penduduk, tempat dan persekitaran
iv) Pembangunan individu dan identiti
v) Individu, kumpulan dan institusi
vi) Kuasa, hak dan pemerintahan
vii) Praktis dan idea sivik

Friday, November 6, 2009

TUGASAN KELAS

KONSEP KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan adalah suatu bentuk inkuiri bercorak penyertaan yang dilaksanakan oleh seseorang individu. Dalam konteks ini, perbincangan individu merujuk kepada gologan guru. Ianya adalah bertujuan untuk penambahbaikan dan membuat perubahan dalam proses P&P. Ini bermakna individu tersebut menjalankan kajian berhubung dengan diri mereka sendiri dan kelompok masyarakat yang ada di sekeliling mereka. Dalam proses ini, mereka akan meneliti bagaimana sesuatu kemahiran, pemahaman, pengetahuan dan nilai dapat menggalakkan dan mencegah amalan tindakan mereka sendiri yang bersandarkan kepada prosedur kajian ini. Tambahan lagi, konsep kajian tindakan merujuk kepada tindakan yang diambil oleh para guru untuk meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Melalui kajian tindakan yang dijalankan guru bukan sahaja bertanggungjawab pada proses P&P yang dilaksanakannya bahkan dapat menghasilkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan bertenaga.

Model Kajian Tindakan


(a) Model kajian tindakan Mc Taggart dan Stephen Kemmis

Model kajian tindakan yang pertama ialah model yang dicetuskan oleh Mc Taggart dan Stephen Kemmis. Model ini berkaitan pengumpulan inkuiri kendiri yang diambil daripada sampel kajian dalam situasi sosial yang menyumbang kepada ekuiti dan demokrasi yang hebat dalam sekolah dan masyarakat. Model ini melibatkan perancangan (plan), tindakan (act), pemerhatian (observe), refleksi (reflect). kesemua kitaran ini akan berulang dengan melakukan penambahbaikan terhadap perancangan asal. Walaupun begitu, model ini dikatakan terlalu ringkas kerana kajian dilakukan tanpa pemerhatian awal.

Lingkaran pertama


(i) Merancang (plan)
Pelajar menganggap bahawa sains adalah proses mengingat fakta berbanding perasaan ingin tahu. Bagaimana guru dapat merangsang perasaan ingin tahu dalam diri pelajar?

(ii) Bertindak (act)
Memberikan soalan yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Memerhati (observe)
Rekod soalan dan jawapan untuk pemerhatian yang lebih terperinci. Catat jangkaan.

(iii) Merefleksi (reflect)
Persoalan guru diganggu oleh keperluan guru tersebut untuk mengawal jangkaan pelajar.

Lingkaran kedua


(i) Mengubah rancangan
Mengubah strategi menyoal untuk menggalakkan pelajar untuk mencari jawapan sendiri. Matlamat yang sama masih diteruskan, tetapi mengurangkan bilangan kawalan penyataan.

(ii) Bertindak
Mengurangkan penyataan kawalan dalam pelajaran.

(iii) Memerhati
Rekod soalan dan jawapan. Catat kesan-kesan yang diperhatikan daripada tingkahlaku pelajar.

(iv) Merefleksi
Perasaan ingin tahu pelajar berkembang, tetapi tingkah laku mereka semakin tidak dapat dikawal. Apa yang perlu guru lakukan?



(b) Model kajian tindakan Elliot

John Elliott (1991) menyatakan model Kemmis terlalu ringkas lalu mereka sebuah model lingkaran seperti Kemmis tetapi menunjukkan proses-proses dengan lebih terperinci. Elliot memberi definisi kajian tindakan sebagai satu kajian sosial untuk meningkatkan kualiti dan mutu tindakan yang akan diambil terhadap sesutu keadaan. Kesahan sesuatu teori atau hipotesis yang dibuat tidak bergantung kepada kajian secara saintifik, tetapi ianya lebih bergantung kepada keberkesanan kajian tersebut dalam membantu manusia untuk mempunyai pelbagai kemahiran dan dapat bertindak secara bijak.


(c) Model kajian tindakan Ebbutt






Dave Ebbutt (1985) memperkenalkan model kajian tindakan yang berbentuk kitaran di mana dalam sebuah kitaran akan berlaku maklumbalas sama ada maklumbalas itu berlaku dalam kitaran atau di antara kitaran. Ebbutt mengatakan bahawa kajian tindakan adalah kajian sistematik dalam percubaan untuk meningkatkan mutu pengajaran oleh sekumpulan penyelidik dengan memerhatikan proses pengajaran sendiri dan juga refleksi terhadap kesan yang terhasil daripada proses pengajaran mereka. Dave juga telah mengambil definisi yang dibuat oleh Kemmis yang mengatakan bahawa dengan melakukan kajian tindakan yang mudah, sekumpulan penyelidik boleh mengatur sesuatu keadaan mengikut pengalaman mereka sendiri.

(d) Model kajian tindakan McKernan

Bagi mengelakkan sesuatu kajian tindakan menjadi lebih kompleks disebabkan oleh factor kekangan masa, James McKernan memperkenalkan model kajian tindakan “proses masa”.





(e) Model Kajian Tindakan Coghlan and Brannick (2001)



(f) LAIN-LAIN

Progressive Problem Solving with Action Research


Saturday, October 31, 2009

Kajian Tindakan (GGGB 5023)


AKTIVITI 3 - TUGASAN 3: KOLOKIUM
TUGASAN 3 : KOLOKIUM
LAPORAN PEMBENTANGAN KOLOKIUM SENIOR
Pembentangan Pertama

Tajuk: Meningkatkan Kefahaman Pelajar Dalam Subjek Biologi (Nutrisi) Melalui Kaedah Kooperatif Dan Animasi Video.

Penyelia : Puan Nor Sakinah Mohamad

Oleh: i) Hamizah Lliyana Binti Anwar (P48579)
ii) Siti Noor Aini Binti Alias (P48618)


i) Pernyataan masalah

a. Adakah kaedah pembelajaran kooperatif dapat menarik minat pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti P&P?

b. Adakah penggunaan animasi video dapat menarik minat pelajar terhadap topik Nutrisi?

c. Adakah kaedah pembelajaran kooperatif dan penggunaan animasi video dapat meningkatkan kefahaman pelajar terhadap topik Nutrisi?

ii) Setting kajian: Kajian tindakan ini telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai Sepang Putra, 43950 Sg. Pelek, Sepang, Selangor.

iii) Sampel kajian

Kumpulan sasaran : 11 orang pelajar
Kelas : 4A (Al-Kharwarizmi) – Biologi

iv) Metodologi:

- Guru mengajar secara kuliah berbantukan penggunaan animasi video untuk
menarik minat dan menerangkan proses.

- Para pelajar seramai 11 orang dibahagikan kepada 3 kumpulan dengan setiap
kumpulan mempunyai 3 atau 4 orang ahli.

- Instrumen kajian: Pengumpulan data secara kualitatif dan kuantitatif.


Model yang digunakan ialah Model Kemmis and McTaggart (1983).



v) Pengumpulan dan penganalisisan data

Pengumpulan Data

Data kualitatif :
a. Borang pemerhatian guru
b. Hasil lembaran kerja pelajar
c. Temubual pelajar
d. Soal selidik (questionaire)

Data kuantitatif
a. Kuiz bertulis

Penganalisisan Data

(Borang Pemerhatian Guru):
- Pelajar lebih semangat, berminat dan memberi respon yang memberangsangkan kerana mereka secara sukarela dan bersedia menyertai aktiviti tersebut.

Temubual pelajar:
- Pelajar lebih seronok belajar dalam kumpulan dan mereka lebih berusaha meningkatkan pencapaian.


Borang soal selidik:
- Pelajar memberi respon yang baik terhadap penggunaan animasi video kerana dapat melihat dengan lebih jelas gambaran sebenar.
- Manakala tugasan berkumpulan dapat membantu pelajar lebih faham mengenai topik berkenaan.

Kuiz Bertulis:
- Purata markah bagi setiap kitaran adalah menunjukkan peningkatan dan secara keseluruhannya adalah sangat baik dan memuaskan.

vi) Implikasi kajian
- Kaedah pembelajaran kooperatif dapat meningkatkan kefahaman pelajar melalui penglibatan diri secara aktif semasa aktiviti P&P.
- Penggunaan animasi video pula berupaya menarik minat pelajar terhadap topik berkenaan terutamanya proses tindakbalas di dalam organisma dan makanan.

vii) Apa yang anda dapat pelajari dari kajian tersebut.

Melalui pembentangan ini, saya dapat gambaran bagaimana kajian tindakan dalam pendidikan dihasilkan. Kajian tindakan adalah penting kerana ia menggalakkan guru menyelesaikan masalah yang wujud dalam proses P&P dengan membuat refleksi bagi mendapatkan idea dan strategi baru dalam usaha membawa pembaharuan dan kemajuan dalam sistem pendidikan. Selain itu, kajian juga mengalakkan guru mengkaji strategi atau pendekatan yang ingin diperbaiki dalam kerja mereka di bilik darjah untuk membaiki tindakan dan menilai hasil usaha itu. Dengan penggunaan video animasi dalam proses P&P dalam kajian ini, guru boleh menyampaikan ilmu dengan menggunakan kaedah baru yang lebih interaktif di mana pendekatan traditional iaitu ‘chalk and talk’ kurang relevan kerana pelajar pada masa kini mahukan pendekatan dalam proses P&P yang lebih menarik dan tidak membosankan.

Pembelajaran berasaskan komputer mampu menarik minat para pelajar dan meningkatkan tahap kefahaman mereka terhadap sesuatu topik dalam pembelajaran. Ini adalah kerana penggunaan video boleh menggalakkan perkembangan kognitif pelajar menjadi lebih kreatif dan kritikal. Ia juga dapat memupuk perkembangan koordinasi mata, otak dan kemahiran motor melalui tayangan animasi yang berwarna-warni, pergerakan animasi yang pelbagai dan kesan bunyi. Metodologi yang digunapakai dalam kajian ini iaitu Model Kemmis dan Mc Taggart juga boleh menjadi rujukan dan panduan untuk menghasilkan kajian tindakan seterusnya. Kajian juga menunjukkan cara-cara bagaimana pengumpulan dan penganalisisan data dilakukan iaitu secara kualitatif dan kuantitatif. Kaedah pembelajaran secara kooperatif yang diperkenalkan dalam kajian ini juga memberi kesan yang positif di mana kaedah ini mampu memberi pemahaman yang lebih mendalam dan meningkatkan tahap pencapaian akademik pelajar. Kaedah dan pendekatan yang digunapakai dalam kajian ini bukan sahaja boleh digunakan dalam matapelajaran biologi tetapi ia boleh diaplikasi dan perluaskan lagi dalam semua matapelajaran mengikut kesesuaian objektif P&P, pelajar, masa dan situasi.


Pembentangan Kedua

Tajuk: Meningkatkan Keberkesanan Pengajaran Pendidikan Islam Dengan Menggunakan Kaedah Perbincangan Dan Aktiviti Kerja Kumpulan Dalam Pembelajaran Sirah Nabawiyyah Dan Tamadun Islam.

Penyelia: Prof Madya Dr Norani Mohd Salleh

Oleh: i) Masitah Abdullah (P43695)
ii) Siti Halimah Hasim (P43635)



i) Pernyataan masalah

a) Adakah perlaksanaan teknik perbincangan dan aktiviti kerja kumpulan dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari tajuk Sirah Nabawiyyah dan Tamadun Islam?

b) Adakah pelaksanaan teknik perbincangan dan aktiviti kerja kumpulan dapat membantu murid memahami dan mengingati fakta-fakta yang terdapat dalam tajuk Sirah Nabawiyyah dan Tamadun Islam?

ii) Setting kajian: Kajian tindakan ini telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sentul, Selangor.

iii) Sampel kajian

Kumpulan sasaran: 45 orang pelajar.
Kelas : Tingkatan 4 Maju dan 4 Harapan.

iv) Metodologi.

Tempoh kajian - 2 minggu

Instrumen kajian:
a. Teknik perbincangan dan Aktiviti kerja berkumpulan
b. Pemerhatian - dilakukan di dalam kelas ketika proses pengajaran sedang dijalankan
c. Temu bual - menemubual pelajar secara rawak .

v) Pengumpulan dan penganalisisan data

Pengumpulan Data

Pemerhatian:

i) Guru mendapati pelajar kurang faham untuk mengasingkan dan membezakan antara riwayat hidup, sifat peribadi, pendidikan dan sumbangan tokoh Imam Malik Rahimahullah.
ii) Pada gelungan pertama, didapati aktiviti berjalan secara sederhana.
iii) Hasil pemerhatian semasa gelungan kedua, didapati penglibatan pelajar sangat aktif dan telah menunjukkan minat. Ini mungkin disebabkan peneguhan yang telah diberitahu oleh pengkaji pada peringkat awal P & P.

Temu bual:
i) Hasil temubual menunjukkan aktiviti perbincangan dan kerja kumpulan mampu membantu pelajar memahami isi-isi penting. Seramai 13 orang daripada 16 orang pelajar memberi jawapan yang sama.
ii) Aktiviti yang dijalankan tidak membosankan dan dapat menarik minat pelajar untuk berada dalam kelas.

vi) Implikasi kajian.

- Berdasarkan analisis yang dilakukan, pengkaji mendapati bahawa teknik pengajaran yang dilakukan adalah berkesan sama ada melalui respon-respon atau jawapan-jawapan terhadap persoalan yang diutarakan oleh guru semasa pengajaran, pemerhatian dan refleksi kendiri pengkaji. Terdapat peningkatan dalam kuantiti dan kualiti jawapan yang pelajar berikan.

vii) Apa yang anda dapat pelajari daripada kajian tersebut.

- Dapatan kajian dalam pembentangan ini penting sebagai satu batu loncatan untuk meneruskan kajian-kajian akan datang khususnya dalam bidang pendidikan supaya dapat memberi kesan positif terhadap pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini adalah usaha guru untuk meningkatkan kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik pengajaran di samping membantu para pelajar mengingat fakta-fakta penting. Pendekatan ini mampu menarik minat pelajar dan wujud kerjasama di kalangan pelajar dalam kumpulan. Untuk penambahbaikan kajian ini, guru perlu berperanan sebagai fasilitator sepenuhnya bagi membantu mereka dalam aktiviti perbincangan yang diadakan. Guru hendaklah menyusun aktiviti sebaik mungkin supaya masa yang diperuntukkan mencukupi untuk melaksanakan aktiviti. Tambahan lagi, guru perlu mengambil kira tentang kebolehan dan kemahiran intelektual dan kemampuan diri pelajar kerana perkembangan, kebolehan dan kemahiran pelajar adalah berbeza.



Monday, October 26, 2009

Cambah Minda

KAJIAN TINDAKAN (GGGB 5023)

TUGASAN KELAS

10 Sebab Guru Perlu Membuat Kajian

1. Untuk memperbaiki kaedah pengajaran.
2. Untuk memgembang dan memperluaskan lagi pengetahuan sedia ada.
3. Dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan.
4. Membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat perancangan dalam P&P.
5. Untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran di dalam bilik darjah.
6. Pendidikan sepanjang hayat.
7. Bagi meninjau kompetensi guru dalam sesuatu bidang pengajaran.
8. Untuk meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan seiring dengan FPK.
9. Untuk mengenalpasti kelemahan dalam proses P&P dan cara menanganinya.
10. Untuk meningkatkan lagi tahap kefahaman dan minat pelajar dalam matapelajaran.