AKTIVITI 11: TUGASAN 2 - JURNAL
Artikel 1: Action Research: An Approach for the Teachers in Higher Education.
By: Ghazala Yasmeen, 2008. (Dept. of Physiology, University of Karachi).
Pernyataan Masalah
- Kajian tindakan ini dijalankan apabila wujudnya permasalahan dan kesukaran di kalangan pelajar-pelajar aliran sains dalam subjek Biostatistics. Mereka mengalami kesukaran dalam memahami konsep pengajaran sains dan tidak tahu cara mengaplikasikannya dengan betul. Kesilapan yang kerap dilakukan oleh pelajar-pelajar tersebut ialah pelajar menggunakan konsep, rumus dan formula yang salah bagi menyelesaikan sesuatu masalah (tugasan yang diberikan). Mereka hanya menghafal dan mengingat formula/rumus tetapi tidak memahami secara mendalam apa yang dipelajari di dalam kelas. Mereka juga sering tidak memberi tumpuan dan hilang fokus semasa proses P&P. Ini adalah disebabkan kerana mereka menganggap subjek sains yang dipelajari sukar dan membosankan. Terlalu banyak fakta dan teori yang perlu diingat juga merupakan antara faktor yang menjadikan pelajar-pelajar tidak gemar akan subjek berkenaan. Misalnya, mereka mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru.
Artikel 2: Action Research to Improve Student Teachers' Ability to Use Innovative Instruction in a Physics Classroom in Indonesia.
By: Sa’adah Ridwan and Dr. Kardiawarman di Physics Education Department, Indonesian University Of Education (UPI), Indonesia, 2007.
Pernyataan Masalah
- Berdasarkan jurnal tersebut, kajian tindakan ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberi pengetahuan dan pengalaman dalam latihan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah (teaching-learning practices). Kajian ini adalah untuk penambahbaikan gaya dan cara pengajaran bakal-bakal guru dalam subjek sains. Ini adalah kerana didapati bakal-bakal guru adalah lemah dalam menyediakan rancangan pengajaran harian (rph), di mana ianya disebabkan oleh kelemahan dalam menggunakan kemudahan makmal untuk menjalankan aktiviti (eksperimen) dan mengadakan perbincangan selepas aktiviti tersebut. Bakal-bakal guru lebih gemar menyampaikan isi pengajaran secara teori dan bukannya secara practical (eksperimen). Semasa proses P&P, tiada penglibatan aktiviti dijalankan di dalam makmal dan tiada bahan bantu mengajar digunakan. Misalnya, bakal-bakal guru tidak membuat eksperimen yang berkaitan dengan topik pengajaran yang disampaikan. Ini adalah disebabkan kerana mereka menyatakan mereka tidak mempunyai pengalaman, tiada masa yang mencukupi untuk mengendalikan aktiviti dalam makmal dan menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) semasa proses P&P.
Artikel 3: Twelfth Grade Students' Undestanding of Oxidation and Combustion: Using Action Research to Improve Teachers' Practical Knowledge and Teaching Practice.
By: Nicos Valanides, Athanasia Nicolaidou and Ingo Eilks , 2003.
Pernyataan Masalah
- Kajian tindakan yang dibincangkan dalam jurnal ini adalah dijalankan berdasarkan wujudnya permasalahan di kalangan pelajar-pelajar dalam subjek sains (kimia). Kajian menunjukkan bahawa guru-guru tidak mengetahui masalah yang dialami oleh pelajar mereka dalam memahami pengajaran sains (science subject matter). Pelajar-pelajar mempunyai set idea dan pengetahuan tentang pengajaran yang disampaikan tetapi mereka tidak dapat menghubungkaitkan dan menggabungkan idea-idea tersebut dalam pembelajaran mereka secara logik. Contohnya, majoriti pelajar mempunyai pengetahuan tentang konsep pembinaan dan penguraian ikatan molekul (bond making and bond breaking) dalam sistem tenaga, tetapi mereka gagal mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam menyatakan faktor/sebab berlakunya proses perubahan tenaga.
0 comments:
Post a Comment