? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, November 9, 2009

AKTIVITI 1 : TUGASAN 1 - ULASAN BUKU

Apa itu Kajian Tindakan?

SUMBER :
1) Curriculum and Imagination: Process Theory, Pedagogy and Action Research.
By: James McKernan

2) Developing Innovation in Online Learning: An Action Research Framework.
By: Maggie McPherson & Mignel Baptists Nunes.

Menurut James Mc Kernan, kajian tindakan merupakan satu bentuk inkuiri sosial yang berbentuk kolaboratif atau bercorak inkuiri refleksi kendiri. Dalam konteks ini, kajian tindakan dikendalikan oleh para peserta (pengkaji, guru dan pelajar) yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah praktikal dalam usaha penambahbaikan kualiti dan mutu hidup di dalam penetapan sosial. Kajian tindakan mampu memberi penghakiman dan juga membuktikan kebenaran berdasarkan alasan-alasan yang praktikal. Selain itu juga, kajian tindakan merupakan satu bentuk kajian yang diambil alih oleh pengkaji dalam situasi sosial untuk memperbaiki kerasionalan dan keadilan sosial mereka mahupun praktis pembelajaran, sebagaimana mereka faham tentang praktis dan situasi ini diimplementasikan. Kajian tindakan yang dilakukan boleh digunakan bagi menggantikan perkhidmatan yang tradisional kepada meningkatkan pembangunan dan pertumbuhan profesional guru.

Buku yang kedua, Developing Innovation in Online Learning: An Action Research Framework oleh Maggie McPherson & Miguel Baptista Nunes meneroka Kajian Tindakan sebagai satu pendekatan untuk menyokong pemikiran inovatif dan pengkajian dalam pembelajaran "online" dan mencadangkan suatu rangka kerja maklumat pendidikan yang spesifik bagi inkuiri jenis ini. Rangka kerja yang dicadangkan berteraskan pada para guru pelatih berdasarkan pada empat blok bangunan asas: konteks organisasi, model pedagogi, setting pendidikan dan proses penilaian.

Pandangan Pengulas Tentang Kajian Tindakan.

Kajian tindakan merupakan satu kajian yang berbentuk ilmiah yang berdasarkan kewujudan permasalahan dalam situasi sebenar. Kajian dibuat bertujuan mencari penyelesaian terhadap masalah yang timbul dan membuat perubahan ke arah peningkatan pencapaian kendiri.Kajian Tindakan melibatkan penyertaan secara individu, kajian oleh orang luar berbantukan pihak dalaman serta kajian secara berkumpulan.

Kesimpulan yang dapat dibuat ialah kajian tindakan merupakan satu pendekatan untuk menyokong pemikiran inovatif serta mengkaji pembelajaran yang pelbagai yang boleh digunapakai dari masa ke semasa. Di samping itu, kajian tindakan memberi banyak manfaat terutamanya kepada golongan guru dalam memperbaiki kemahiran dalam mempertingkatkan tahap profesionalisme dan keaktifan bagi perubahan pendidikan yang lebih positif.


Pengumpulan dan penganalisisan data.

1) Melalui pemerhatian oleh pengkaji.
- Pengkaji memainkan peranan yang aktif dalam kelompok atau populasi yang dikaji. Misalnya, profesor kolej berperanan seperti seorang guru sekolah menengah bertujuan untuk memahami tanggungjawab dan tugasan guru.

2) Pemerhatian yang dilakukan tidak melibatkan pengkaji.
- Contohnya, pengkaji hanya duduk di belakang bilik darjah dan tidak terlibat secara langsung dalam kajian tersebut.

3) Penggunaan video.
- Menggunakan video kamera dan teknologi audio untuk merakam situasi sebenar yang berkaitan dengan permasalahan di setting kajian.

4) Analisis dokumen
- Penelitian dan pemeriksaan ke atas rekod-rekod rasmi, kenyataan, surat-surat, rancangan pengajaran, misi, rekod kedatangan dan lain-lain yang berkaitan dengan tajuk kajian.

5) Kajian kes
- Report bertulis, penterjemahan yang mengandungi bukti-bukti yang telah dikumpulkan. Data-data yang dikumpulkan akan digunakan sebagai bahan kajian kes.

6) Diari
- Jurnal yang melaporkan segala tindakan, penterjemahan, persoalan dan penerangan dilakukan dari masa ke semasa sewaktu melakukan kajian. Maklumat dicatatkan mengenai perkembangan dan dan sebarang bentuk kekangan yang wujud.

7) Catatan kajian
- Merekodkan sesuatu kejadian dalam bentuk bertulis berdasarkan pemerhatian sebenar.

8) Questionaire
- instrunmen penilaian kendiri biasanya melalui penggunaan kertas yang terdiri daripada pelbagai siri soalan yang berkaitan dengan kajian dalam bentuk terbuka dan tertutup.

9) Interbiu/temuduga
- Dalam bentuk berstruktur atau tidak berstruktur. Contoh temuduga berstruktur adalah seperti penggunaan questionaire, manakala tidak berstuktur pula ialah responden diberi kebebasan untuk membincangkan idea atau pendapat mereka sendiri dalam masa yang singkat yang dilakukan sama ada secara bersemuka, melalui internet, atau perbualan telefon.

10) Analisis kandungan
- Kaedah untuk menganalisis dan menyusun makna sesuatu mesej atau komunikasi.

11) Quadrangulasi
- Adaptasi daripada kaedah triangulasi. Triangulasi ialah kaedah yang digunakan untuk memplotkan kedudukan berdasarkan beberapa rujukan. Dalam kajian, ianya bermakna mengumpulkan data daripada perspektif atau pandangan yang telah disahkan. Konsep dan kaedah kajian yang digunakan untuk mengesahkan kesimpulan atau rumusan yang telah dibuat.

Dapatan kajian.
- Penulis menyatakan bahawa kajian tindakan yang dilakukan memberi perubahan dalam kurikulum sekolah yang merangkumi aspek aspek seperti berikut:

i) Kebudayaan
ii) Masa, kesinambungan dan perubahan
iii) Penduduk, tempat dan persekitaran
iv) Pembangunan individu dan identiti
v) Individu, kumpulan dan institusi
vi) Kuasa, hak dan pemerintahan
vii) Praktis dan idea sivik

0 comments: