AKTIVITI 10: TUGASAN 1 - BUKU
CURRICULUM AND IMAGINATION - PROCESS THEORY, PEDAGOGY AND ACTION RESEARCH
PENULIS: JAMES MC KERNAN (2007)
Pembangunan dan teori kurikulum sejak dari 50 tahun dahulu lebih menjurus kepada pencapaian objektif. Segala bentuk kurikulum yang dijalankan bertujuan mencapai objektif yang telah ditetapkan tanpe menekankan kepada proses pencapaian objektif tersebut. Keberkesanan sesuatu objektif dikaji dan dilihat keberhasilannya melalui keputusan peperiksaan dan perbandingan secara keseluruhan.
Memandangkan teori kurikulum yang diguna pakai sudah sekian lama, penulis merasakan perlu wujud anjakan paradigma di dalam budaya kurikulum masakini berikutan perubahan dan peredaran zaman. Di dalam pengubahan, pembentukan, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian kurikulum baru, penulis lebih mengfokus kepada pembentukan kurikulum dengan menspesifikasikan proses pendidikan yang mengandungi prinsip-prinsip tertentu.
Proses Kajian Tindakan melibatkan tiga fasa utama iaitu :
i) Lihat : membina gambaran dan mengumpul maklumat. Apabila proses penilaian dibuat, kita mengenalpasti dan menghuraikan masalah untuk dikaji dalam konteks yang telah ditetapkan. Kita juga menerangkan tugas-tugas peserta (pendidik, ahli pengkaji dll).
ii) Fikir: Menterjemah dan menerangkan. Apabila menilai kita menganalisis dan menterjemahkan situasi tersebut. Kita membuat refleksi ke atas apa yang para peserta telah lakukan.Kita juga melihat kepada sebarang kelebihan dan kekurangan, isu atau masalah yang wujud.
iii) Tindakan : Menyelesaikan isu dan masalah. Dalam penilaian kita mengadili nilai, keberkesanan, kesesuaian dan hasil daripada aktiviti tersebut. Kita bertindak untuk merumuskan penyelesaian kepada sebarang masalah.
Prosedur kajian tindakan:
1) Mengenalpasti kesukaran atau masalah.
- Pada peringkat awal, pengkaji akan mengenalpasti wujudnya permasalahan dalam situasi tersebut dan mendapatkan maklumat yang jelas tentang masalah yang wujud.
2) Pengesahan masalah.
- Antara persoalan yang dicadangkan:
(i) Siapa yang menyuara dan tidak menyuarakan pendapat dalam seminar?
(ii) Apakah karakter atau ciri-ciri komen profesor dalam perbincangan seminar tersebut?
(iii) Mengapakah terdapat sesetengah pelajar tidak melibatkan diri dalam seminar?
(iv) Apakah peranan yang perlu saya ambil dalam perbincangan yang diadakan?
(v) Apakah bukti yang telah disediakan kepada para pelajar sebagai persediaan mereka dalam perbincangan?
3) Menjalankan analisis situasi.
- melibatkan proses pengumplan data dalam membantu menjawab persoalan yang timbul.
4) Membina cadangan dan penyelesaian masalah.
5) Membina perancangan kajian tindakan dan tempoh masa.
6) Melaksanakan dan merefleksi mengikut perancangan.
7) Pengumpulan data.
8) Pemerolehan pendapat dan pemahaman: menterjemahkan data.
9) Penghasilan keputusan
Pengumpulan dan penganalisisan data.
1) Melalui pemerhatian oleh pengkaji.
- Pengkaji memainkan peranan yang aktif dalam kelompok atau populasi yang dikaji. Misalnya, profesor kolej berperanan seperti seorang guru sekolah menengah bertujuan untuk memahami tanggungjawab dan tugasan guru.
2) Pemerhatian yang dilakukan tidak melibatkan pengkaji.
- Contohnya, pengkaji hanya duduk di belakang bilik darjah dan tidak terlibat secara langsung dalam kajian tersebut.
3) Penggunaan video.
- Menggunakan video kamera dan teknologi audio untuk merakam situasi sebenar yang berkaitan dengan permasalahan di setting kajian.
4) Analisis dokumen
- Penelitian dan pemeriksaan ke atas rekod-rekod rasmi, kenyataan, surat-surat, rancangan pengajaran, misi, rekod kedatangan dan lain-lain yang berkaitan dengan tajuk kajian.
5) Kajian kes
- Report bertulis, penterjemahan yang mengandungi bukti-bukti yang telah dikumpulkan. Data-data yang dikumpulkan akan digunakan sebagai bahan kajian kes.
6) Diari
- Jurnal yang melaporkan segala tindakan, penterjemahan, persoalan dan penerangan dilakukan dari masa ke semasa sewaktu melakukan kajian. Maklumat dicatatkan mengenai perkembangan dan dan sebarang bentuk kekangan yang wujud.
7) Catatan kajian
- Merekodkan sesuatu kejadian dalam bentuk bertulis berdasarkan pemerhatian sebenar.
8) Questionaire
- instrunmen penilaian kendiri biasanya melalui penggunaan kertas yang terdiri daripada pelbagai siri soalan yang berkaitan dengan kajian dalam bentuk terbuka dan tertutup.
9) Interbiu/temuduga
- Dalam bentuk berstruktur atau tidak berstruktur. Contoh temuduga berstruktur adalah seperti penggunaan questionaire, manakala tidak berstuktur pula ialah responden diberi kebebasan untuk membincangkan idea atau pendapat mereka sendiri dalam masa yang singkat yang dilakukan sama ada secara bersemuka, melalui internet, atau perbualan telefon.
10) Analisis kandungan
- Kaedah untuk menganalisis dan menyusun makna sesuatu mesej atau komunikasi.
11) Quadrangulasi
- Adaptasi daripada kaedah triangulasi. Triangulasi ialah kaedah yang digunakan untuk memplotkan kedudukan berdasarkan beberapa rujukan. Dalam kajian, ianya bermakna mengumpulkan data daripada perspektif atau pandangan yang telah disahkan. Konsep dan kaedah kajian yang digunakan untuk mengesahkan kesimpulan atau rumusan yang telah dibuat.
Dapatan kajian.
- Penulis menyatakan bahawa kajian tindakan yang dilakukan memberi perubahan dalam kurikulum sekolah yang merangkumi aspek aspek seperti berikut:
i) Kebudayaan
ii) Masa, kesinambungan dan perubahan
iii) Penduduk, tempat dan persekitaran
iv) Pembangunan individu dan identiti
v) Individu, kumpulan dan institusi
vi) Kuasa, hak dan pemerintahan
vii) Praktis dan idea sivik