? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, November 9, 2009

AKTIVITI 3 : TUGASAN 3 - KOLOKIUM LAPORAN PEMBENTANGAN KAJIAN TINDAKAN PELAJAR DPLI JANUARI 2009 (26 - 27 OKT. 2009) DI PALM GARDEN HOTEL


PEMBENTANGAN PERTAMA

Tajuk: Meningkatkan Kefahaman Pelajar Dalam Subjek Biologi (Nutrisi) Melalui Kaedah Kooperatif Dan Animasi Video.

Penyelia : Puan Nor Sakinah Mohamad

Oleh: i) Hamizah Lliyana Binti Anwar (P48579)
ii) Siti Noor Aini Binti Alias (P48618)


i) Pernyataan masalah

a. Adakah kaedah pembelajaran kooperatif dapat menarik minat pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti P&P?

b. Adakah penggunaan animasi video dapat menarik minat pelajar terhadap topik Nutrisi?

c. Adakah kaedah pembelajaran kooperatif dan penggunaan animasi video dapat meningkatkan kefahaman pelajar terhadap topik Nutrisi?

ii) Setting kajian: Kajian tindakan ini telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai Sepang Putra, 43950 Sg. Pelek, Sepang, Selangor.

iii) Sampel kajian

Kumpulan sasaran : 11 orang pelajar
Kelas : 4A (Al-Kharwarizmi) – Biologi

iv) Metodologi:

- Guru mengajar secara kuliah berbantukan penggunaan animasi video untuk menarik minat dan menerangkan proses.

- Para pelajar seramai 11 orang dibahagikan kepada 3 kumpulan dengan setiap kumpulan mempunyai 3 atau 4 orang ahli.

- Instrumen kajian: Pengumpulan data secara kualitatif dan kuantitatif.

Model yang digunakan ialah Model Kemmis and McTaggart (1983).



v) Pengumpulan dan penganalisisan data

Pengumpulan Data


Data kualitatif :
a. Borang pemerhatian guru
b. Hasil lembaran kerja pelajar
c. Temubual pelajar
d. Soal selidik (questionaire)

Data kuantitatif
a. Kuiz bertulis

Penganalisisan Data

(Borang Pemerhatian Guru):
- Pelajar lebih semangat, berminat dan memberi respon yang memberangsangkan kerana mereka secara sukarela dan bersedia menyertai aktiviti tersebut.

Temubual pelajar:
- Pelajar lebih seronok belajar dalam kumpulan dan mereka lebih berusaha meningkatkan pencapaian.

Borang soal selidik:
- Pelajar memberi respon yang baik terhadap penggunaan animasi video kerana dapat melihat dengan lebih jelas gambaran sebenar.
- Manakala tugasan berkumpulan dapat membantu pelajar lebih faham mengenai topik berkenaan.

Kuiz Bertulis:
- Purata markah bagi setiap kitaran adalah menunjukkan peningkatan dan secara keseluruhannya adalah sangat baik dan memuaskan.

vi) Implikasi kajian
- Kaedah pembelajaran kooperatif dapat meningkatkan kefahaman pelajar melalui penglibatan diri secara aktif semasa aktiviti P&P.

- Penggunaan animasi video pula berupaya menarik minat pelajar terhadap topik berkenaan terutamanya proses tindakbalas di dalam organisma dan makanan.

vii) Apa yang anda dapat pelajari dari kajian tersebut.

ULASAN

Melalui pembentangan ini, saya dapat gambaran bagaimana kajian tindakan dalam pendidikan dihasilkan. Kajian tindakan adalah penting kerana ia menggalakkan guru menyelesaikan masalah yang wujud dalam proses P&P dengan membuat refleksi bagi mendapatkan idea dan strategi baru dalam usaha membawa pembaharuan dan kemajuan dalam sistem pendidikan. Selain itu, kajian juga mengalakkan guru mengkaji strategi atau pendekatan yang ingin diperbaiki dalam kerja mereka di bilik darjah untuk membaiki tindakan dan menilai hasil usaha itu. Dengan penggunaan video animasi dalam proses P&P dalam kajian ini, guru boleh menyampaikan ilmu dengan menggunakan kaedah baru yang lebih interaktif di mana pendekatan traditional iaitu ‘chalk and talk’ kurang relevan kerana pelajar pada masa kini mahukan pendekatan dalam proses P&P yang lebih menarik dan tidak membosankan.

Pembelajaran berasaskan komputer mampu menarik minat para pelajar dan meningkatkan tahap kefahaman mereka terhadap sesuatu topik dalam pembelajaran. Ini adalah kerana penggunaan video boleh menggalakkan perkembangan kognitif pelajar menjadi lebih kreatif dan kritikal. Ia juga dapat memupuk perkembangan koordinasi mata, otak dan kemahiran motor melalui tayangan animasi yang berwarna-warni, pergerakan animasi yang pelbagai dan kesan bunyi. Metodologi yang digunapakai dalam kajian ini iaitu Model Kemmis dan Mc Taggart juga boleh menjadi rujukan dan panduan untuk menghasilkan kajian tindakan seterusnya. Kajian juga menunjukkan cara-cara bagaimana pengumpulan dan penganalisisan data dilakukan iaitu secara kualitatif dan kuantitatif. Kaedah pembelajaran secara kooperatif yang diperkenalkan dalam kajian ini juga memberi kesan yang positif di mana kaedah ini mampu memberi pemahaman yang lebih mendalam dan meningkatkan tahap pencapaian akademik pelajar. Kaedah dan pendekatan yang digunapakai dalam kajian ini bukan sahaja boleh digunakan dalam matapelajaran biologi tetapi ia boleh diaplikasi dan perluaskan lagi dalam semua matapelajaran mengikut kesesuaian objektif P&P, pelajar, masa dan situasi.

Sementara itu, tajuk bagi kajian tindakan ini adalah tidak sesuai digunapakai. Ini adalah kerana tajuk yang digunakan mencakupi objektif kajian tindakan yang diimplementasikan. Cadangan bagi penambahbaikan tajuk yang digunakan iaitu " Meningkatkan Kefahaman Pelajar Dalam Subjek Biologi (Nutrisi) Melalui Kaedah Kooperatif Dan Animasi Video" hendaklah ditukar kepada "Penggunaaan Kaedah Koperatif dan Animasi Video dalam Pengajaran Subjek Biology (Nutrisi)". Tajuk yang dipilih untuk kajian tindakan haruslah menunjukkan kaedah atau pendekatan yang digunakan bukanlah untuk menyatakan objektif kajian tindakan tersebut.


PEMBENTANGAN KEDUA

Tajuk: Meningkatkan Keberkesanan Pengajaran Pendidikan Islam Dengan Menggunakan Kaedah Perbincangan Dan Aktiviti Kerja Kumpulan Dalam Pembelajaran Sirah Nabawiyyah Dan Tamadun Islam.

Penyelia: Prof Madya Dr Norani Mohd Salleh

Oleh: i) Masitah Abdullah (P43695)
ii) Siti Halimah Hasim (P43635)


i) Pernyataan masalah

a) Adakah perlaksanaan teknik perbincangan dan aktiviti kerja kumpulan dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari tajuk Sirah Nabawiyyah dan Tamadun Islam?

b) Adakah pelaksanaan teknik perbincangan dan aktiviti kerja kumpulan dapat membantu murid memahami dan mengingati fakta-fakta yang terdapat dalam tajuk Sirah Nabawiyyah dan Tamadun Islam?

ii) Setting kajian: Kajian tindakan ini telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sentul, Selangor.

iii) Sampel kajian

Kumpulan sasaran: 45 orang pelajar.
Kelas : Tingkatan 4 Maju dan 4 Harapan.

iv)Metodologi.

Tempoh kajian - 2 minggu

Instrumen kajian:
a.Teknik perbincangan dan Aktiviti kerja berkumpulan
b.Pemerhatian - dilakukan di dalam kelas ketika proses pengajaran sedang dijalankan
c.Temu bual - menemubual pelajar secara rawak

v)Pengumpulan dan penganalisisan data

Pengumpulan Data

Pemerhatian:
i) Guru mendapati pelajar kurang faham untuk mengasingkan dan membezakan antara riwayat hidup, sifat peribadi, pendidikan dan sumbangan tokoh Imam Malik Rahimahullah.

ii)Pada gelungan pertama, didapati aktiviti berjalan secara sederhana.

iii) Hasil pemerhatian semasa gelungan kedua, didapati penglibatan pelajar sangat aktif dan telah menunjukkan minat. Ini mungkin disebabkan peneguhan yang telah diberitahu oleh pengkaji pada peringkat awal P & P.

Temu bual:
i) Hasil temubual menunjukkan aktiviti perbincangan dan kerja kumpulan mampu membantu pelajar memahami isi-isi penting. Seramai 13 orang daripada 16 orang pelajar memberi jawapan yang sama.

ii) Aktiviti yang dijalankan tidak membosankan dan dapat menarik minat pelajar untuk berada dalam kelas.

vi) Implikasi kajian.

-Berdasarkan analisis yang dilakukan, pengkaji mendapati bahawa teknik pengajaran yang dilakukan adalah berkesan sama ada melalui respon-respon atau jawapan-jawapan terhadap persoalan yang diutarakan oleh guru semasa pengajaran, pemerhatian dan refleksi kendiri pengkaji. Terdapat peningkatan dalam kuantiti dan kualiti jawapan yang pelajar berikan.

vii) Apa yang anda dapat pelajari daripada kajian tersebut.

ULASAN

Dapatan kajian dalam pembentangan ini penting sebagai satu batu loncatan untuk meneruskan kajian-kajian akan datang khususnya dalam bidang pendidikan supaya dapat memberi kesan positif terhadap pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini adalah usaha guru untuk meningkatkan kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik pengajaran di samping membantu para pelajar mengingat fakta-fakta penting. Pendekatan ini mampu menarik minat pelajar dan wujud kerjasama di kalangan pelajar dalam kumpulan. Untuk penambahbaikan kajian ini, guru perlu berperanan sebagai fasilitator sepenuhnya bagi membantu mereka dalam aktiviti perbincangan yang diadakan. Guru hendaklah menyusun aktiviti sebaik mungkin supaya masa yang diperuntukkan mencukupi untuk melaksanakan aktiviti. Tambahan lagi, guru perlu mengambil kira tentang kebolehan dan kemahiran intelektual dan kemampuan diri pelajar kerana perkembangan, kebolehan dan kemahiran pelajar adalah berbeza.

Seperti pembentangan kajian tindakan yang pertama, tajuk kajian tersebut tidak sesuai digunapakai. Kesilapan yang sama berlaku di mana pengkaji menyatakan objektif dalam tajuk kajian tindakan. Cadangan untuk penambahbaikan, tajuk tersebut hendaklah ditukar kepada "Penggunaan Kaedah Perbincangan dan Aktiviti Kerja Kumpulan dalam Pembelajaran Sirah Nabawiyyah dan Tamadun Islam". Tajuk kajian tindakan hanya menyatakan kaedah, teknik atau pendekatan yang digunakan terhadap sesuatu matapelajaran, bukan merangkumi objektif sebenar kajian tindakan itu.

0 comments: